SELAMAT DATANG

Kedalam separa picisan hidup melalui penulisan dalam merentangi garis alam.Ini adalah aku yang sendiri yang ikhlas dalam coretan tentang semua.

Cari Apa Saja

Memuatkan ...

Erti Cinta Hati Ini.

27 Februari 2012

Berlalu hari-hari yang lepas tak mungkin dapat dikembalikan,ianya akan tersemat sebagai lembaran sejarah,adanya kesilapan semalam di perbetulkan pada langkah kali ini untuk diri ini sendiri.Begitu jua erti dalam kisah kehidupan berpasangan kekasih kepada kekasih,jika cinta menjadi ukuran ianya belum cukup untuk dimaksudkan.

Tiada cinta selagi belum kasih yang disemai bertautan menjadi sah,ianya hanyalah ungkapan bagi melerai satu perhubungan yang mungkin sementara dan rapuh di pertengahan jalan.Mungkin hanya kasih sayang yang boleh di tafsirkan untuk sementara waktu disaat perjalanan hubungan itu berjalan seperti yang di mahukan.

Takdir adalah segalanya,Tuhan adalah penentunya siapa hak yang akan kita ketemukan lalu melembarkan cinta pada yang diberikan dengan ikatan.Biar pun penantian itu adalah penyeksaan namun ianya adalah ujian untuk menguatkan hubungan yang akan terjalin.Biar terlerai pada saat ini,biar tertinggal kala ini,biar kesunyiaan yang dirasakan tetapi bila masanya tiba segalanya akan berubah menjadi panorama indah yang diimpikan oleh insan itu.

Kasih sayang adalah segalanya yang dicurahkan disaat ini biarpun terpisah,biar pun terlerai kerana bila bersatu nanti ianya adalah indah dimana segenap luahan rasa sekali pun.

CINTA HANYA UNTUK INSAN YANG BERNAMA ISTERI/SUAMI

0 comments:

Catat Ulasan

 

Lorem

Ipsum

Dolor